Polis berkata mangsa ditipu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook.

IPOH: Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.
Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa pada mulanya terlihat sebuah iklan menjual kereta terpakai di Facebook dan menghubungi pemilik akaun tersebut.
“Suspek kemudian menghubungi mangsa melalui whatsapp dengan memperkenalkan diri sebagai penjual kereta dan menghantar gambar kad pengenalan untuk menyakinkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Yusri berkata mangsa kemudian diminta membuat bayaran melalui perbankan dalam talian ke akaun bank yang diberikan suspek dan diperdaya tidak boleh membatalkan…