Puad Zarkashi berkata teguran itu perlu terutama melibatkan pentadbiran kerajaan dan prestasi menteri.

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata parti itu perlu mempunyai pendirian menegur kerajaan perpaduan sekiranya terdapat perkara “melampaui batas” atau berdepan “menteri yang tidak cekap”.
Puad Zarkashi berkata, teguran itu perlu dibuat agar menjadikan kerajaan perpaduan lebih kuat.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang menyarankan parti itu membuat kritikan melalui saluran dalaman.
“Saya setuju dengan pandangan ini, tetapi pada saya Umno perlu ada pendirian iaitu jika berlaku perkara-perkara yang melampaui batas di mana ada di kalangan menteri tidak cekap dan tidak pandai mengurus…takkan kita nak biarkan.
“Mereka juga perlu ditegur untuk…