Pelakon sensasi, Ruhainies berkongsi harapannya saat memasuki ambang tahun baharu 2025.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Ruhainies berkata di tahun 2025 ini dia memohon petunjuk dan keberkatan Yang Maha Esa.
“Melangkah ke tahun 2025, marilah kita ucap Bismillah dengan penuh harapan dan iman. Memohon petunjuk, rahmat dan keberkatan Allah S.W.T,” katanya.
Dalam masa sama, Ruhainies turut berharap agar tahun baharu ini menjadi sebuah perjalanan yang indah terutanya dalam mempertingkatkan keimanan dirinya yang akan menjadi bekalan di hari akhirat kelak.
“Semoga tahun baru ini menjadi perjalanan untuk pertumbuhan rohani, iman yang kukuh dan peluang yang tidak terkira banyaknya,” katanya lagi.

Sebelum ini, nama Ruhainies menjadi sebutan selepas dia mengajak orang ramai dalam misi berselawat sebanyak 1,000 kali sehari selama 40 hari.
Artikel Berkaitan: Didi Astillah Muak, Minta Ruhainies ‘Stop’ Sebar Fitnah Kes Khalwat Babitkan Bella Astillah – “Kaki DVD Betul Awak Ni”
Artikel Berkaitan: “Dia Terus Hilang Begitu Saja” – Konflik Dengan Ruhainies, Chacha Maembong Kekal Profesional
Artikel Berkaitan: Misi Berselawat Selama 40 Hari Hampir Selesai, Ruhainies Syukur Dikurniakan Banyak Nikmat – “Lagi 7 Hari Tapi Dah Rasa Perbezaan”