
PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mahu bertindak rasional dan menuntut segala keputusan parti dipatuhi.
Katanya, mesyuarat Biro Politik akan diadakan dalam tempoh terdekat selepas keputusan Mahkamah Persekutuan, hari ini, menolak rayuan akhir kes Najib Razak untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Dalam hantaran di Facebook, bekas timbalan perdana menteri itu, berkata: “Tiada pengkhianatan sesama kita! Kita tahu yang mana lawan dan kawan sebenar!”.
“Marilah kita terus bersama-sama bersolidariti. Susah dan senang Najib kita tetap bersama.
“Kita akan bertindak rasional terus akur dengan kehendak keputusan parti. Biro Politik akan diadakan dalam masa paling terdekat,” katanya.
Katanya, keputusan mahkamah terhadap Najib perlu dilihat sebagai “peledak semangat” untuk terus membawa perjuangan…