Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sah Cerai Talak Satu, Puteri Zarith Rasa Seperti Dilahirkan Semula

today14 August 2024

Background

Selebriti media sosial, Puteri Zarith memaklumkan dia kini sudah bercerai talak satu dengan bekas suami, Dr Munzir Shkori di Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, pada Isnin.

Memetik laporan OhBulan! Puteri memaklumkan bahawa hakim memutuskan untuk mereka bercerai secara hakam selepas Dr Munzir enggan melafazkan talak secara rela.

“Mulanya saya fikir dia akan bersetuju untuk lafaz cerai, tetapi tidak. Jadi hakim putuskan cerai secara hakam.

“Saya sudah sah bercerai talak satu dengan bekas suami. Kami bercerai secara hakam,” katanya.

Berkongsi perkembangan terkini selepas bercerai, Puteri berkata, dia mahu memulakan fasa hidup baharu.

“Saya rasa seperti dilahirkan semula, ‘reborn’. Semoga segala yang baik-baik untuk saya selepas ini.

“Saya mahu menjalani kehidupan dengan indah, insya-Allah,” jelasnya.

Terdahulu, Puteri menfailkan perceraian terhadap bekas suami pada Julai 2024.

Malah menerusi temu bualnya bersama media sebelum ini, Puteri mengaku sudah penat dan tertekan apabila kes perceraiannya dengan Dr Munzir Shkori berlarutan lebih setahun.

Bahkan, dia berharap isu ini dapat diselesaikan segera agar tidak menganggu emosi anak-anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir Setahun Berlangsung, Puteri Zarith Harap Urusan Perceraian Segera Selesai… Tak Mahu Emosi Anak Terganggu

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir 7 Bulan Tak Sebumbung… Puteri Zarith Masih Berstatus Isteri, Kes Cerai Sedang Berjalan – “Emosi Anak-Anak Paling Penting”

ARTIKEL BERKAITAN:Puteri Zarith Fail Cerai Selepas 14 Tahun Kahwin – “Hubungan Kami Mula Bermasalah Sejak Tahun Lalu”

Sumber: OhBulan!

Written by: Salma


Previous post