
Seorang saksi pihak pendakwaan, yang membuat laporan polis terhadap filem kontroversi ‘Mentega Terbang’ pada 2023, memberi keterangan di mahkamah majistret bahawa filem itu tidak menyebabkan beliau mempertikaikan akidahnya sebagai seorang Islam.
Yamna Ismail berkata beliau sudah pun mempelajari tentang penjelmaan semula (reinkarnasi) daripada sumber lain, termasuk bahan bacaan, filem dan anime, sebelum menonton ‘Mentega Terbang’.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan silang oleh peguam bela, Zaid Malek.
Zaid: Walaupun filem ini menyebut tentang penjelmaan semula, anda tetap seorang Muslim?
Yamna: Betul.
Zaid: Jadi, filem ini tidak menyebabkan anda terpesong (akidah)?
Yamna: Tidak.
Suri rumah berusia 39 tahun itu memberi keterangan pada hari keempat perbicaraan membabitkan pengarah filem berkenaan, Khairi Anwar Jailani, dan penerbit iaitu Tan Meng Kheng.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: