Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Sam Bunkface Akui Masih Gemuruh

today7 May 2019

Background

Sabtu lalu telah berlangsungnya Konsert Laksamana Metal Wings X Bunkface di ibu kota yang menggabungkan dua generasi rock berbeza.

Biarpun sudah tiga hari berlalu, vokalis Bunkface, Sam mendedahkan masih diburu gemuruh apabila berkongsi pentas dengan band legenda terkenal, Wings pada konsert berkenaan.

“Sejujurnya, saya masih gemuruh diberi tanggungjawab membuat persembahan pembukaan pada konsert itu.

“Kumpulan Wings bukan calang-calang… Mereka meraikan ulang tahun ke-35 dalam industri, ia bukan suatu tempoh yang singkat,” katanya.

Bagaimanapun, kumpulan Bunkface yang popular dengan lagu Situasi itu berharap peminat terhibur dengan persembahan mereka biarpun sedar mereka tidak segah Wings.

Pada konsert berkenaan, Bunkface turut membawakan lagu popular mereka yang lain seperti Malam Ini Kita Punya, Rentak Laguku, Darah Muda dan Revolusi.

Lebih menarik, sesuai dengan tema Laksamana, Bunkface dan Wings tampil dengan persalinan persis pahlawan Melayu hingga memukau lebih 3,000 peminat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur itu.

Penonton turut disajikan dengan persembahan silat sebelum Wings mengambil alih pentas daripada Bunkface.

Mempersembahkan hampir 20 lagu tanpa henti, aura vokalis utama Wings, Datuk Awie ternyata memukau peminat termasuk lagu seperti Awang Trasher, Romania, Sekeping Kertas Bermaruah, Kembalilah, Situasi dan Jerangkap Samar.

Tidak ketinggalan juga lagu ‘paling menyengat’ Sayap Ilusi dan Sejati.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *