Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sambut Baby Girl, Raja Farah Selamat Bersalin Anak Ke-4

today11 June 2024

Background

Pelakon dan pengacara, Raja Farah selamat melahirkan bayi keempat pada Ahad.

Berita gembira tersebut dikongsikan Raja Farah di Instagram (IG) dengan berkongsi foto mereka sekeluarga di hospital.

Kongsi pelakon filem Anak Halal itu, bayi perempuannya itu dilahirkan secara normal pada jam 1 petang semalam.

Dalam pada itu, Raja Farah turut memanjatkan rasa syukur dan memohon semua mendoakan urusan berpantang dipermudahkan.

“Syukur Alhamdulillah.

“Saya selamat melahirkan baby girl semalam (9 Jun) pada 1.05 petang secara normal delivery.

“Syukur Ya Allah, keluarga kami dah ber-6 sekarang. Doakan urusan saya berpantang dipermudahkan,” tulisnya gembira.

Untuk rekod, Raja Farah mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015.

Kini kehidupan pasangan ini diserikan dengan kehadiran empat cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN:Β Raja Farah Mohon Doa Urusan Bersalin Anak Keempat Dipermudahkan – β€œDah Tak Lama Dah”  

ARTIKEL BERKAITAN:Β Raja Farah Nafi Merajuk, Rindu Nak Berlakon Semula… Kini Fokus Pada Kandungan Anak Keempat

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Written by: Salma