Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“San, Please Greet Me When It’s My Turn”- Neeta Manisha Sedih Kehilangan Sahabat Baik, Sandra

today11 September 2020

Background

Al-fatihah diucapkan buat penyanyi lagu berjudul ‘Hey kau’ yang pernah popular satu ketika dahulu, iaitu Sandra Dianne yang disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi, hari ini.

Arwah yang mengalami kemalangan jalan raya pada 5 September lalu dilaporkan koma dan kritikal, dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu.

Ramai yang terkejut dan tidak sangka dengan pemergian Sandra. Salah seorangnya adalah sahabat baik Sandra iaitu Neeta Manisha yang juga merupakan seorang penyanyi.

Neeta meluahkan perasaan berduka di laman sosial Instagram nya  akibat kehilangan sahabat dengan kapsyen,

https://www.instagram.com/p/CE-IFKgFaoF/

“San (Sandra), apakah saya buat menulis ini? Kamu sepatutnya berada di perkahwinan saya dan menari, kamu sepatutnya belanja saya bila kamu masuk peringkat akhir Big Stage. Kamu sudah lalui pelbagai perkara yang hebat dalam hidup mu tetapi sekarang kamu berad ai tempat yang terbaik.

“Sentiasa gembira San, sentiasa gembira berada di syurga. Doakan kawan kamu di sini baik-baik, beri kami kekuatan dan kasih sayang,” katanya .

Neeta memuat naik foto hitam putih pintu hospital, melawat arwah Sandra buat kali terakhir. Menurut Neeta, Sandra merupakan sahabat yang baik dan ia satu kehilangan besar buatnya.

“Kita lepak hampir setiap masa tapi tidak pernah sekali ambil gambar bersama. Dia seorang yang sangat ‘chill’ dengan saya, tak perlu post apa untuk buktikan kami kawan.

“Kamu terbaik San, sumpah aku bengang sebab kau tinggalkan aku awal, aku akan rindu kau San, but please greet me when it’s my turn.”

Tiga vokalis satu aspirasi | Harian Metro

“Saya rindukan kamu San, Saya akan rindu kita punya sesi lepak bersama. Saya rindukan keyakinan kamu bila menyanyi di hadapan kawan kamu.

“ Dan jangan lupa lepak dalam mimpi saya,” katanya lagi.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *