Menerusi video berkenaan, pengasas Ainaa Beauty itu sedang meninjau keadaan dan kemudahan bas di tempat parkir bas.
Hafiz Mahamad menaja tiket bas percuma kepada para pelajar dan orang ramai yang ingin pulag ke kampung. Dengan inisiatif ini, dia berharap supaya dapat meringankan beban kewangan mereka.
“Kos minyak dah berapa dan fikir-fikir, sampai kampung nanti tak boleh nak balik tangan kosong. Duit itu, duit ini. Banyak adik-adik yang tengah belajar pun.. Saya faham situasi awak.”
Dia juga meminta netizen untuk kongsi posting itu kepada orang ramai yang memerlukan. Dia juga akan menambah bas lagi jika bas yang ditempahnya semua penuh.