Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SAR wanita dihanyut arus deras akan fokus Sungai Rui

today18 November 2024

Background


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata berdasarkan arus air, pihaknya percaya mangsa telah memasuki Sungai Rui.

PETALING JAYA: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) percaya seorang wanita hilang dihanyutkan arus deras di Sungai Air Beruk, Gerik semalam sudah memasuki Sungai Rui berdasarkan arus air sejak semalam.

Nur Arina Azizan, 20, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika beriadah bersama ibu, adik perempuan dan dua sepupunya pada 2.30 petang semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan tiga ahli keluarga lain menyusuri sungai, sebelum pelampung yang digunakan mangsa terpisah daripada ahli keluarga lain.

Tindakan mangsa turun dari pelampung menyebabkan dia dihanyutkan arus deras dan ibunya cuba membantu tetapi turut dibawa arus sebelum diselamatkan penduduk kampung.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata radius SAR diperluaskan sehingga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post