Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sarawak pulih banjir, Johor tinggal 43 mangsa di PPS

today21 January 2024

Background


Semua PPS untuk mangsa banjir di Sarawak dilaporkan telah ditutup setakat malam ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sarawak telah pulih sepenuhnya daripada banjir dengan semua pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup setakat malam ini.

Sementara itu, di Johor, hanya satu PPS masih dibuka, iaitu di daerah Segamat, menempatkan 43 mangsa daripada 12 keluarga, lapor Bernama.

Tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula mendapati beberapa sungai berada pada paras bahaya, termasuk Sungai Johor di Kota Tinggi, Johor dan Sungai Kedah di Kota Setar, Kedah.

Sungai Arau di Perlis dan Sungai Terengganu di Hulu Terengganu turut berada pada paras bahaya, menurut JPS.

Selain itu, Nadma memaklumkan sebanyak 17 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak dan cerun runtuh, termasuk Jalan Boh di Cameron Highlands, Pahang; Jalan Lingkaran Kahang Barat di Kluang, Johor; dan Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post