Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Satu Panggilan Telefon Selamatkan Peminat Faizal Tahir Daripada Bunuh Diri

today5 April 2019

Background

Baru-baru ini penyanyi terkenal Faizal Tahir menerusi laman Instagram mendedahkan seorang peminatnya berniat untuk membunuh diri akibat mengalami depresi.

Menerusi video tersebut, Faizal juga memberitahu dua bulan lepas dia pernah memuat naik satu video instastory diΒ InstagramΒ dengan meletakkan nombor telefonnya supaya peminat menghubunginya secara peribadi.

Berikutan itu, bertalu-talu peminat yang menghubunginya.

Namun, dalam banyak-banyak peminat, hati Faizal terdetik untuk menghubungi seorang peminatnya yang membuat pengakuan mahu membunuh diri akibat mengalami tekanan hidup melalui satu mesej yang dihantar.

Pengakuan mahu bunuh diri itu dikongsikan kepada Faizal dengan sebuah tangkapan skrinΒ tweetΒ nya bertarikh 17 Januari 2019.

Magisnya, selepas penyanyi lagu Bisa Aja ini membuat panggilan kepada wanita itu untuk memberi kata semangat dan sokongan wanita itu menunjukkan respon positif serta kembali gembira.

Peminatnya itu turut berterima kasih kepada Faizal kerana telah berjaya menceriakan harinya.

https://www.instagram.com/p/BvyPd2UBWZ5/

Sikap prihatin Faizal Tahir ini wajar dicontohi. Setiap manusia mempunyai masalah dan siapa sangka dengan hanya satu panggilan telefon, mampu merubah segalanya.

Buat anda yang tak boleh move on lagi dari Konsert Hot FM Big Jam, saksikan persembahan Faizal Tahir yang turut memeriahkan festival paling havoc tahun ini!

 

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *