Penderitaan adik Ainul Mardhiah yang mengalami ketumbuhan dibahagian mulutnya sejak kecil mendapat perhatian bukan sahaja rakyat Malaysia, malah Dr. Amalina Bakri yang kini bertugas di salah sebuah hospital di London juga turut sama berbesar hati untuk membantu merawat penyakit yang dihidapi oleh adik Ainul.
Dr. Amalina menerusi laman Instagram miliknya memberitahu keluarga Ainul telah selamat sampai ke London dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu untuk urusan adik Ainul di sana, terutamanya rakyat Malaysia yang mengambil berat.
https://www.instagram.com/p/Bx4qZU2g2l6/?utm_source=ig_embed
“Saya buat ni bukan nak dapat nama, tapi nak menolong orang yang di dalam kesusahan”
Itulah luahan Dr. Amalina yang turut menjelaskan tugasnya sebagai seorang doktor dan sebagai seorang manusia biasa yang ingin meringankan beban orang yang ditimpa kesusahan.
Bagaimanapun, usahanya untuk membantu adik Ainul turut mendapat pujian daripada rakyat Malaysia yang bangga dengan tindakan dan bantuan ikhlas yang dihulurkan Dr Amalina.
Tidak ketinggalan, ramai yang menitipkan doa dan berkongsi rasa sayang kepada adik Ainul Mardhiah.
Tahniah dan terima kasih Dr. Amalina! Semoga usaha murni ini dapat dijadikan contoh yang baik buat doktor-doktor lain di luar sana.
Post comments (0)