Anwar Ibrahim juga berkata beliau mahu rakyat Kedah menyokong kerajaan perpaduan atas dasar-dasarnya, bukan kerana rumah terbuka Aidilfitri.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Kedah menyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, dengan menegaskan beliau bukan musuh walaupun hubungan Kedah dengan Putrajaya keruh.
Bercakap pada majlis Himpunan Madani Kedah 2023 di Alor Setar, Anwar sekali lagi menafikan dakwaan beliau telah meminggirkan negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN), termasuk Kedah pimpinan PAS.
“Sejak saya menjadi menteri kewangan, saya telah menambah peruntukan untuk empat negeri (ditadbir PN), termasuk Kedah.
“Kelantan mengalami banjir teruk, jadi saya tambah projek tebatan banjir bernilai RM1 bilion. Bukan saya perlukan (sokongan) Kelantan, tetapi saya kasihan rakyat.
“Saya minta anda semua…