Selepas menerima teguran dalam kalangan warganet susulan adegan bersentuhan pada sebuah video belakang tabir yang tular baru-baru ini, pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad tampil memberikan penjelasan.
Katanya, dia tidak mengetahui mengenai isu tersebut memandangkan dia tidak membuka media sosial selain lebih senang tidak membaca sebarang komen ketika sedang bekerja.
“Saya bila bekerja, saya memang tidak membaca sebarang komen,” katanya.
Meskipun terkejut dengan respons yang diberikan warganet terhadap adegan bersentuhan di bahagian pergelangan tangan dan wajah tanpa berlapik sebarang kain, Elizad menjelaskan, dia faham ia berkaitan bab agama dan berlapang dengan segala komen yang diberikan.
“Saya faham ini bab agama, Apapun saya anggap ini teguran dan berlapang dada.
“Saya belum bersedia untuk memberi sebarang komen dan berharap netizen menonton drama itu terlebih dahulu,” jelasnya.
Terdahulu, lakonan Elizad dan Amar Baharin tular di platform TikTok apabila kedua-duanya melakonkan babak dipercayai sebagai suami isteri yang sedang bergaduh.
Video tersebut memaparkan Elizad sedang menangis teresak-esak dan ditenangkan oleh Amar.
Namun begitu, aksi tersebut menuai perhatian rata-rata netizen, sekaligus meluahkan rasa kesal terhadap pelakon itu apabila dikatakan tidak menjaga ikhtilat dek kerana melakonkan adegan ‘skin to skin’.
Artikel Berkaitan: Amar Baharin Terkejut Tanah Keluarga Dipindah Milik Tanpa Pengetahuan – “Mak Aku Siap Bayar Cukai Tanah, Macam Mana Tu?
Artikel Berkaitan: Gara-Gara Janda Anak Empat Tawar Diri Jadi Madu, Ini Respons Siti Elizad – “Kalau Nak Cuba Nasib, Tanya Husband Saya Sendiri”
Sumber: mStar