“Saya dan Nabila sedang dalam proses pulih.”
Itu reaksi pelakon, Sharnaaz Ahmad mengenai hubungannya dengan isteri, Noor Nabila Mohd Noor yang dikatakan bermasalah, sejak Februari lalu.
Sharnaaz mengaku mereka bersepakat memulihkan perhubungan demi anak, Jebat Jayden Ahmad yang berusia lapan bulan.
“Jebat adalah segala-galanya bagi saya. Apa yang berlaku ketika ini, kami sedang melalui proses pemulihan akhlak.
Menurut Sharnaaz lagi, perhubungan mereka lebih akrab apabila Jebat mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) dan sedang dirawat.
“Mungkin apa yang terjadi pada Jebat sehingga kami kembali memulihkan keadaan adalah kerana aturan Allah.
“Apa-apapun, saya reda dan terima dengan ketentuan Allah. Tetapi saya tidak tahu apa kesudahan kami.”
Sharnaaz berharap proses pemulihan antaranya dengan isteri tidak diganggu campur tangan pihak luar.
“Apa yang terjadi, kami cuba selesaikan sebagai satu entiti keluarga.
“Cuma saya berharap tiada campur tangan luar yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Ini kerana kami cuba memperbaiki diri untuk menggalas peranan masing-masing.”
Sebelum ini, beberapa perkongsian status Sharnaaz dalam media sosial mengundang spekulasi netizen konon dia berhadapan masalah rumah tangga.
Sumber: Berita Harian
Post comments (0)