Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Saya Ingatkan Penipuan, Rupa-rupanya…” – Sufian Suhaimi

today4 July 2019

Background

Penyanyi Sufian Suhaimi dipilih sebagai penerima anugerah Most Admired Leaders bagi kategori hiburan di Asia Awards 2019.

Majlis itu akan berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 26 Ogos 2019.

“Saya ingatkan ia skim penipuan. Rupa-rupanya anugerah itu memang ada.”

Sufian berkata, pada mulanya dia tidak percaya apabila menerima emel berkenaan yang disangka skim penipuan.

“Selepas mereka menceritakan secara terperinci kepada saya mengenai anugerah itu, barulah saya tahu.

“Yang pasti, saya bersyukur terpilih sebagai satu daripada penerima kategori itu. Ada beberapa calon penerima lain berdasarkan bidang masing-masing dan saya terpilih untuk kategori hiburan.”

Penyanyi yang popular dengan lagu Di Matamu itu juga berharap dapat membanggakan rakyat Malaysia dengan penghargaan di peringkat antarabangsa itu.

Sumber: Harian Metro

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *