
PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak ada pilihan selain mengambil tindakan dalam kepimpinan bagi menyelamatkan parti daripada menjadi gunting dalam lipatan atau duri dalam daging.
Beliau berkata, pihaknya boleh meraikan perbezaan pendapat namun tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyentuh soal integriti parti.
“Serangan bukan hanya datang dari luar, kita kenal musuh di luar dan juga musuh di dalam… baling batu sembunyi tangan, itu sangat banyak tapi saya harus bersangka baik.
“Sebagai seseorang diberikan amanah memimpin parti, adakah saya mahu membiarkan keadaan itu berlaku? katanya menurut Berita Harian.
Tanpa merujuk mana-mana pihak, Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, sebarang keputusan dibuat dalam memimpin Umno bukanlah kerana beliau…