Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Saya presiden PBM, hanya saya tandatangan watikah, kata Sng

today26 October 2022

Background



Larry Sng berkata beliau akan membuat pengumuman calon PBM untuk PRU15.

PETALING JAYA: Larry Sng menegaskan beliau masih presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan akan menandatangani watikah (surat lantikan calon) bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Semua pengumuman yang dibuat pemimpin parti sebelum ini hanyalah spekulasi.

“Semua pengumuman rasmi akan dibuat oleh saya dan hanya saya akan menandatangani watikah untuk PBM dalam PRU15,” kata bekas Ahli Parlimen Julau itu di Facebook.

Sng juga menegaskan tidak meletak jawatan atau melepaskan keanggotaan parti dan akan bertanding dalam PRU15 atas tiket PBM.

FMT pada 8 Ogos lalu melaporkan, Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai presiden PBM seminggu selepas perhimpunan agung parti yang sebulat suara menyokong beliau menggantikan Sng.

Bagaimanapun, selepas perhimpunan agung itu, Sng berkata beliau terkejut dengan Ketua Penerangan PBM, Zakaria Abdul Hamid yang mengumumkan Zuraida yang juga bekas Ahli…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post