Bapa kepada pelakon, Azalna Nasir iaitu Prof Dr Md Nasir Ibrahim akui sangat terkejut dengan penamatan kontraknya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anzalna Nasir Buat Ibu Menangis, Hadiahkan Rantai Berlian RM120,000
Memetik laporan MalaysiaGazette, beliau menjadi tertanya-tanya mengenai pemecatannya itu sambil menjelaskan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah integriti atau terlibat dengan sebarang kes jenayah.
Penamatan saya ini bukan kerana salah laku, saya tiada buat apa-apa salah, tiada laporan polis dan tiada laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Saya tak menduga (ditamatkan) sebab saya tak pernah dipanggil untuk menerangkan atau menjelaskan satu-satu isu jika ada, atau bela diri atas apa-apa pertuduhan.
Lebih 30 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, kebiasaannya penamatan notis 24 jam ini melibatkan kes jenayah atau integriti.
Saya tertanya-tanya juga kenapa…