Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Saya tak akan lindung mana-mana kerabat’, kata Tengku Mahkota Pahang

today5 September 2024

Background


Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menegaskan sebarang kesalahan jika mempunyai bukti harus dibawa ke mahkamah untuk dituduh dan dibicarakan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mengarahkan siasatan segera, adil dan telus berhubung dakwaan kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki di sebuah kandang Kuda di Kuantan, dalam kejadian Jun lalu.

Tengku Hassanal menegaskan sebarang kesalahan jika mempunyai bukti harus dibawa ke mahkamah untuk dituduh dan dibicarakan.

“Semua pihak sama di sisi undang-undang dan saya sesekali tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk kerabat terlibat dengan sebarang jenayah dan kesalahan undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan berhubung kes itu sebelum diserahkan semula kepada timbalan pendakwa raya.

Beliau mengesahkan beberapa individu sudah ditahan berhubung kes…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post