Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Saya Yakin Di Pihak Benar” – DSV

today9 January 2025

Background

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida memaklumkan tindakan sita membabitkan barangan rumah dan kenderaan mewah miliknya ditunda sementara kes masih dijalankan.

Memetik laporan Harian Metro, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 55, meluahkan rasa lega selain turut yakin bahawa dia berada di pihak benar.

“Perkembangannya, ditunda dan digantung sementara untuk sita. Insya-Allah, saya yakin saya di pihak yang benar dan tidak akan berlakulah perkara itu (proses sita), Insya-Allah.

“Sebenarnya, saya reda dan tiada sebab untuk tidak reda dengan apa yang berlaku kerana saya yakin kita menang. Cuma, ada ujian yang kita kena lalui sebab Tuhan nak bagi ganjaran selepas ini.

“Kita dah buat macam-macam usaha dan kita tawakal. Insya-Allah, kita yakin menang dan ‘just go straight’,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Vida menjelaskan dia sudah membayar wang berjumlah RM3.5 juta kepada kontraktor berkenaan dengan harapan projek renovasi sebuah kilang menjadi studio itu akan siap dalam masa tiga bulan.

Namun begitu, hasratnya tidak tercapai apabila pihak terbabit menghilangkan diri selepas meminta bayaran lebihan.

“Semua tidak tahu apa sebenarnya terjadi. Saya minta dia siapkan studio dalam masa tiga bulan, dan sudah pun bayar separuhnya.

“Dia minta extra kalau nak cepat, saya bayar penuh sebanyak RM3.5 juta. Bila dapat duit, dia hilang selama tiga bulan dan tidak tahu kemana.

“Jadi saya hanya deal dengan orang bawahan. Apa spesifikasi yang saya minta, tidak dapat. Tandas tiada, elektrik pun tiada,” katanya.

Sebelum ini, kediaman Vida di Ipoh, Perak serta empat kenderaan mewah miliknya dimaklumkan akan disita pada 25 November tahun lalu.

Keputusan itu diambil selepas Vida didakwa gagal melunaskan hutang ubah suai bangunan kilang dengan sebuah syarikat kontraktor kira-kira berjumlah RM1 juta.

Artikel Berkaitan: Hutang Syarikat Kontraktor Cecah RM1 Juta, Rumah & Empat Kereta Mewah Milik DSV Disita

 

Sumber: Harian Metro, mstar

Written by: Salma