“Takkanlah saya nak beri wang sumber haram kepada keluarga,” demikian respons pelakon, Scha Ellinnea yang menafikan dakwaan dia ‘dibela’ oleh ‘sugar daddy’.
Ketika ditemui XTRA, Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 26, menjelaskan segala yang dimilikinya kini adalah usahanya sendiri berhempas pulas bekerja.
“Alhamdulillah, saya tak pernah terlibat dengan perkara (sugar daddy) macam tu dan tak teringin pun nak cuba. Apa yang saya ada sekarang berkat kerja keras dan sokongan daripada keluarga.
“Itu tak betul. Siapa yang kenal saya tahu saya macam mana. Saya sibuk dengan kerjaya,” katanya.
Scha berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media Gempak Most Wanted Awards 2025 yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Rabu.
Sementara itu, Scha berkata dia tidak akan sanggup memberikan wang daripada hasil sumber haram kepada keluarganya.
“Keluarga saya percayakan saya 100 peratus dan mereka percaya saya tak buat perkara macam tu. Saya juga sebagai anak tak akan lah nak beri wang sumber haram kepada mereka,” jelasnya.
Bertegas dengan kenyataannya itu, Scha bagaimanapun tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih ada pihak memfitnah sedemikian.
Artikel Berkaitan: Jazmy Juma Akhirnya Perjelas Status Hubungan Cinta Dengan Scha Ellinnea – “Saya Selesa Untuk…”
Artikel Berkaitan: Scha Elinnea Mengaku ‘Operate’ Muka Demi Keyakinan Diri -” Mengapa Tidak? Asal Tak Kacau Orang”