Masih ingatkah anda dengan drama rantaian Love You Mr Arrogant yang ditayangkan menerusi saluran TV3 pada tahun 2013?
Ya, gandingan mantap pelakon Zara Zya dan Azlee Khairi bakal mengembalikan nostalgia yang pernah dilakar oleh mereka sebelum ini.
Menurut Zara, dia teruja apabila pengikutnya memberikan maklum balas positif sejak mendapat tahu Azlee kembali menyemarakkan dunia lakonan selepas empat tahun menyepikan diri.

“Saya gembira dengan keputusan Azlee untuk kembali berlakon. Harapnya gandingan terbaru ini dapat mengubat kerinduan peminat yang berharap kami kembali bersatu di skrin televisyen,”
Menerusi drama arahan Feroz Kader dan terbitan Country Universal Sdn Bhd itu, Zara memegang watak Fiya, manakala Azlee menggalas peranan sebagai Zarul yang juga kawan baik tunangnya. Ia bakal disiarkan menerusi slot Akasia di TV3.
Terdahulu dalam Love You Mr Arrogant, Zara mencetus fenomena tersendiri menerusi watak Zaara Aminah apabila meraih pelbagai pencapaian, selain memahat kukuh namanya sebaris bintang popular lain.
Post comments (0)