Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Sebak, Hael Husaini Kongsi Kisah Disebalik Lagu “Hari Ini”

today7 August 2019

Background

Selepas berjaya ‘menjampi’ peminat dengan lagu-lagunya, Hael Husaini tampil dengan lagu baharu berjudul Hari Ini yang ternyata turut mendapat sambutan hangat selepas mencecah 2.4 juta tontonan di laman YouTube sejak ia dilancarkan beberapa bulan bulan lalu.

Lebih menarik lagi menurut Hael, lagu tersebut mengisarkan tentang isteri yang menghidap kanser dan berjuang hingga ke akhir hayatnya.

“Apa yang menyentuh hati, isteri itu tidak tahu suaminya sebenarnya tahu dia menderita penyakit terbabit.”

Hael dan pihak pengurusannya turut memilih mengadakan program CSR bersama pesakit kanser susulan daripada single terbarunya itu.

Image result for hael husaini dan pesakit

“Saya berasa tenang kerana dapat memberi semangat kepada pesakit kanser untuk mereka terus berjuang dan kembali pulih.”

Jelasnya lagi, selain sumbangan sebagai anak seni, ia juga tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.

Walaupun tiada rakan dan ahli keluarga yang menderita penyakit kanser, Hael akui berasa terpanggil untuk menjayakan program CSR membabitkan penyakit berbahaya itu.

“Kita juga perlu menghargai nikmat kesihatan kerana ada insan lain yang berjuang melawan penyakit berbahaya untuk terus hidup.”

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *