Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

[SEBAK!] Setelah 20 Tahun Terpisah, Lelaki Ini Akhirnya Dapat Berjumpa Keluarga Kandung

today10 August 2020

Background

Selepas 20 tahun terpisah, seorang pemuda akhirnya bertemu semula dengan keluarga kandung mereka baru-baru ini.

Pertemuan tidak diduga itu berlaku di sebuah rumah yang turut menunjukkan seorang wanita berpakaian pengantin dipercayai sedang melangsungkan majlis perkahwinan dan kisah berkenaan mendapat perhatian netizen selepas pemuda itu memuat naik ciapan di Twitter miliknya.

“Saya diambil menjadi anak angkat seawal usia 6 bulan, dan hari ini akhirnya saya berani untuk bertemu keluarga,” ujarnya yang sebelum ini gementar untuk berjumpa mereka.

https://twitter.com/Dodiiey/status/1292064191893737475

Pemuda tersebut tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada keluarga angkat dan rakannya.

Ciapan berkenaan bagaimanapun sehingga kini berjaya menyentuh hati warganet yang gembira dengan penyatuan semula keluarga itu.

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *