Tanggal 7 Mei 2020 merupakan hari paling bermakna buat Ashraf Muslim apabila dia dibenarkan keluar hospital selepas mendapat rawatan akibat jangkitan Covid-19.
Hampir sebulan tinggal di wad, pelakon berusia 38 tahun itu mengakui rasa sebak dan sayu untuk meninggalkan rakan-rakannya yang lain.
Ashraf dalam pada itu mendedahkan dia sebenarnya telah disahkan negatif Covid-19 sejak sehari sebelum Ramadan lagi namun memilih untuk menjalani tempoh kuarantin di hospital.
Ini antara penjelasan yang dibuat pelakon drama Dia Menantu Rahsia itu menerusi laman Instagram miliknya.
Ashraf juga memohon maaf kepada rakan-rakan artis dan wartawan kerana merahsiakan tentang status kesihatannya sebelum ini.
Ini pula video yang dikongsikan Ashraf buat tatapan peminat pada hari terakhirnya di hospital.
https://www.instagram.com/p/B_4VjqSDpUr/
Terdahulu, Ashraf disahkan positif wabak Covid-19 sebaik pulang daripada menjalani sebuah penggambaran drama bersiri di Inverness, Scotland pada Mac lalu.
Post comments (0)