Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Sedar Single Terbaharu Fareez Fauzi

today15 November 2019

Background

Tidak berputus asa untuk menaikkan namanya di persada seni, juara Mentor Milenia 2016 Fareez Fauzi hari ini tampil dengan single terbaharu berjudul Sedar.

Penyanyi yang sebelum ini pernah mengeluarkan lagu berjudul Bersamamu pada awal Februari tahun ini menyatakan dia tetap berusaha untuk membuktikan bakat dan kemampuannya, walaupun perjalanan kerjaya nyanyiannya agak berliku.

Lagu yang dicipta oleh Shafie Ghazali serta Khan Daniel itu merupakan single ketiga buat Fareez selepas single berjudul Lagu Radio pada tahun 2016 dan Bersamamu dilancarkan sebelum ini.

Tampil berserta video muzik di laman Youtube, ternampak juga kelibat bapanya yang juga pelakon Fauzi Nawawi.

Terdahulu,Β Fareez juga pernah muncul membintangi filem Badang bersama bapanya tahun lalu.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *