Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Sedih Tau I Kena Maki”- Fasha

today2 August 2019

Background

Pelakon Fasha Sandha menerima ugutan di media sosial apabila ada yang mahu mencederakannya.

Itu semua gara-gara dia membawakan watak antagonis dalam drama bersiri Semua Salahku yang bersiaran di slot Lestary TV3.

Menerusi akaun Instagram Fasha, dia mendedahkan ada segelintir penonton yang terlalu emosi terhadap watak Sofhi yang dimainkannya.

https://www.instagram.com/p/B0lg7B6ACWM/

Wow, well done! Ini bermakna Fasha berjaya mendalami watak diberikan sehingga lakonannya memberi impak kepada mereka yang menonton.

Drama Semua Salahku menceritakan tentang seorang ibu tunggal yang tidak mengambil peduli terhadap anaknya yang bernama Haris selain turut menderhaka terhadap ibunya sendiri lakonan hebat daripada Fauziah Nawawi.

Turut menjayakan drama berkenaan adalah Nafiz Muaz, Intan Najuwa, Syed Aiman dan ramai lagi.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *