
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengesyaki terdapat beberapa sekolah persendirian aliran agama di negeri itu tidak berdaftar dengan pihak berkuasa agama dan dikawal oleh sebuah syarikat yang didakwa mengeksploitasikan kanak-kanak serta agama.
Menteri Besar Aminuddin Harun, berkata maklumat itu diperoleh hasil siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) susulan aduan diterima daripada beberapa pihak.
“Sebelum kes ini timbul, JHEAINS dan penguat kuasa menjalankan siasatan terhadap sekolah swasta tidak berdaftar dan mendapati terdapat beberapa sekolah itu disyaki dikawal syarikat itu sendiri.
“Siasatan masih dijalankan. Insya-Allah, kita akan maklumkan tidak lama lagi. Siasatan polis diteruskan dan JHEAINS turut menjalankan siasatan terhadap sekolah di bawah kerajaan negeri,” katanya…