Pernah tak korang balik dari sekolah atau mana-mana jela, bukak peti ais nampak bekas aiskrim lepastu teruja?
Rasa seronok la kan penat-penat lepastu dapat makan aiskrim. Tapi, hampa bila bukak je bekas tu nampak isinya bukan seperti yang kita mahu. Contohnya ikan atau daging.
Mengundang kan? Tapi nak buat macam mana, itu lah namanya seni kreatif mak-mak. Bekas macam tu pun boleh buat isi banyak benda kan?
Lain pula dengan apa yang terjadi kepada pengguna Twitter di bawah ni:
Cerita sedih hari ini. Aku ingat mak aku baru balik beli coolblog. Dengan excited pergi ambil metal straw dan sedut. Sekali dia punya rasa tu nak pengsan. Rupanya bawang putih dah blender masuk dalam bekas ni. Selain tupperware aiskrim tapi isi daging/ikan. Ni version baru guys pic.twitter.com/q3E0rpcbGj
— Nourel TC (@Kiselwitxh_) August 13, 2019
Menurut gadis tersebut, dia bersangka bahawa ibunya pulang membawa minuman yang digemari ramai sekarang.
Dengan perasaan teruja, gadis itu mengambil metal straw dan meminum air berkenaan.
“Sekali dia punya rasa tu nak pengsan. Rupanya bawang putih dah blender masuk dalam bekas ni.”
Ada juga netizen yang meninggalkan komen disebabkan ibu mereka turut melakukan perkara yang sama.
https://twitter.com/hazimhusaini__/status/1161483218144636929
Geli hati tapi semoga perkara ini dapat dijadikan iktibar buat semua ya!
Post comments (0)