Site icon Hot FM

Selamat Lahirkan Anak Perempuan, Elfira Loy Menangis Tengok Suami

Pelakon Elfira Loy atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 28, selamat melahirkan cahaya mata kedua semalam.

Menyambut kehadiran anak perempuan, berita gembira itu dikongsikan menerusi sebuah hantaran Instagram.

“I have a lot of great photos but I love this one. SubhanAllah. Ayah is such a superhero, menangis mommy tengok Ayah sambut awak sendiri while mommy pushed you.

“Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah , what an amazing experience. My baby princess, Friday, 20th May 2022, 1827hrs,” tulisnya.

Selain Elfira, aktres Anzalna Nasir turut menyambut kehadiran cahaya mata kedua semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sepatutnya Ini Adalah Sesi Pemeriksaan Terakhir…” – Anzalna Nasir Sambut Kelahiran Anak Kedua

Elfira mendirikan rumah tangga dengan suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun.

Exit mobile version