Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Selangor akan lebih agresif tangani banjir, kata exco

today3 May 2025

Background


banjir selangor
Pada 24 April lepas, kerajaan Selangor memutuskan pelaksanaan 11 langkah drastik mitigasi banjir membabitkan kawasan kritikal di Selangor termasuk Taman Sri Muda, Meru dan Taman Seri Alam. (Gambar Bernama)
SABAK BERNAM:

Pembinaan kediaman dan pembangunan kampung tanpa kebenaran merancang merupakan antara isu kritikal dihadapi kerajaan dalam membendung masalah banjir di Selangor, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Izham Hashim.

Beliau berkata data terkini menunjukkan terdapat beberapa kampung yang memerlukan pelaksanaan mitigasi banjir secara drastik bagi mengelak musibah berterusan kepada penduduk di kawasan berkenaan.

“Kerajaan negeri akan lebih agresif, kita akan terus bina parit besar atau pintu air sekiranya tiada pilihan lain kerana kita tidak boleh teragak-agak membuat keputusan dalam membantu rakyat menghadapi masalah ini.

“Kita tidak boleh tunggu lagi kerana rakyat menerima kesan yang besar, ditambah pula dengan faktor perubahan cuaca yang tidak menentu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post