
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari membidas Azmin Ali yang mendakwa Selangor merosot selepas beliau meninggalkan pejabat menteri besar pada 2018.
Menurut Amirudin, prestasi negeri paling maju di Malaysia itu sebenarnya lebih baik selepas 2018 termasuk pengenalan lebih banyak program kebajikan untuk rakyat.
“Sejak beliau meninggalkan Selangor, prestasi ekonomi Selangor meningkat baik, sumbangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada Malaysia meningkat dan program kebajikan kepada rakyat juga bertambah.
“Selangor makmur bukan hasil kejayaan seorang individu sahaja tetapi usaha berpasukan,” tulis Amirudin di Twitter yang turut menggunakan tanda pagar #janganperasan #jangansyoksendiri.
Amirudin yang menggantikan Azmin pada 2018 turut berkongsi graf menunjukkan sumbangan KDNK Selangor meningkat berperingkat sehingga 24.8 % pada 2021 daripada 23.2%…