Selangor meraih kemenangan sulung dalam Kumpulan H Asian Champions League Two (ACL 2) 2024/25 selepas menundukkan Dynamic Herb Cebu FC 1-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya sebentar tadi.
Berdepan lawan yang dibelasah 0-6 pada aksi pembukaan menentang Jeonbuk Hyundai Motors tempoh hari, Selangor jelas berada di kelas tersendiri dengan mendominasi permainan sejak wisel permulaan ditiup pengadil dari Tajikistan,…