Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Selepas Ditunda, Drama Band Akhirnya Lancar Lagu Baharu!

today18 November 2019

Background

Selepas menunda tarikh pelancaran single terbaharu yang sepatutnya dikeluarkan pada 11 November lalu, Drama Band hari ini tampil mengotakan janji mereka.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi laman Instagram rasmi milik mereka dengan video yang dimuat naik berserta dengan kapsyen baru-baru ini.

Video yang berdurasi selama 1:00 itu turut memaparkan teaser lagu tersebut selain mereka turut berpakaian lengkap seperti watak jahat ‘Joker’

https://www.instagram.com/p/B4tlx3CgZf1/

Kumpulan yang dianggotai oleh Aepul (vokalis), Adib (gitar), Daus (bass) dan Faeez (dram) itu telah melancarkan lagu berjudul Satu-Satu.

Kumpulan berkenaan juga telah dipilih sebagai lagu terbaik pada minggu pertama separuh akhir Muzik-Muzik (SFMM) 34 yang berlangsung di Sri Pentas, Shah Alam, Jumaat lalu.

Namun, kemenangan berkenaan bagaimanapun tidak memberikan jaminan sama ada mereka layak ke AJL34.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *