Jika anda sering menonton program 999 di TV3, sudah pasti teringat akan slogan yang disampaikan pengacaranya, Anim Ezati iaitu ‘Jenayah Membawa Padah’.
Selepas empat tahun mengendalikan program yang merungkai kes-kes jenayah itu, Anim yang kini sedang hamil anak pertama mengumumkan telah mengundurkan diri sebagai pengacara program terbabit.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram pada 31 Mac lalu, Anim menitipkan penghargaan buat pihak kru yang terlibat dibelakang tabir sepanjang dia bertugas sejak 2016 sehingga 2020.
https://www.instagram.com/p/B-ZiAh7pL7U/
“Thank you 999.
My last episode for 999 now on TV3. Enjoy watching. Thanks for your support guys, it has been 4 amazing years.
Anim Ezati 999 signing off??,” tulisnya.
Difahamkan, 999 yang bersiaran setiap hari Selasa jam 9 malam di TV3 itu bakal digantikan oleh pengacara, Sofea Nur Solehha Tun bermula 7 April.

Post comments (0)