
Mula mendapat perhatian menerusi lagu Alalala Sayang, kemudian lagu Jaga-Jaga, kumpulan Azzara Band kini muncul dengan buah tangan ketiga yang diberi judul Pendam.
Azzara Band dianggotai oleh Mohd Azrizal Aziz atau nama komersialnya Ejai Aziz selaku vokalis, Mohd Hairol Azhar Ramli atau Boy (drum), Mohammad Khairul Azam Md Yasin atau Kidz (gitaris) dan Mohd Fauzan Mohammed Rofie atau Rop’z (bes).


Lagu Pendam adalah merupakan ciptaan Ejai manakala lirik oleh Ejai bersama ZIIN.
Menariknya, lagu bergenre balada yang diberi nafas baru itu mempunyai penampilan vokal istimewa oleh Ai Wahida.
Baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada 10 Jun lalu, lagu Pendam trending di laman Youtube dengan lebih 159,000 jumlah tontonan.
Saksikan video music di bawah:
Post comments (0)