Selepas kejayaan lagu Donde yang dirilis pada April tahun ini, penyanyi Ande Bernadee masih lagi tidak berputus asa dan berusaha untuk memahat namanya di pentas nyanyian dengan melancarkan lagu baharu hari ini.
Lagu berjudul Hello masih mengekalkan rentak pop, malah kali ini Andi memilih untuk bergandingan bersama dengan penyanyi yang turut meningkat naik Ismail Izzani.
https://www.instagram.com/p/B4xFZ_Rnyn9/
Walaupun belum dimuatnaik menerusi laman Youtube, lagu tersebut boleh juga didengari melalui Spotify.
Terdahulu, penyanyi yang berasal dari Kota Kinabalu Sabah ini juga pernah mengeluarkan lagu yang berjudul Satu Peluang, Dame Solo Una dan Donde.
Post comments (0)