Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Selepas Kejayaan ‘Hari Ini’ Hael Husaini Tampil Dengan ‘Hati’

today13 December 2019

Background

Setelah kejayaan dua versi lagu ‘Hari Ini’ secara solo dan secara duet bersama bintang tersohor R&B negara, Dayang Nurfaizah, penyanyi, komposer berbakat Hael Husaini kini muncul dengan sebuah lagi karya hebat berjudul ‘Hati’.

‘Hati’ mengisahkan seorang lelaki yang menaruh harapan pada seorang wanita, tetapi tidak tahu bagaimana caranya untuk untuk cuba memberitahu perkara sebenar kepada wanita tersebut.

Digubah dan ditulis sepenuhnya oleh pasangan pencipta karya muzik ulung negara iaitu Ezra Kong dan Hael Husaini sendiri, lagu ini dijangka berpotensi besar mengulangi kejayaan lagu lagu yang pernah mereka hasilkan bersama sebelum ini.

 

Ketahui lebih lanjut dengan klik sini.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *