Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Selepas Satu Persatu Drama, Nama Daniella Sya Makin Dikenali!

today18 September 2019

Background
Kefasihannya bertutur dalam Bahasa Malaysia membawa tuah buat gadis berbangsa Cina dari Sg Petani, Kedah ini untuk muncul dalam beberapa drama televisyen tempatan.
Daniella Sya atau nama sebenarnya Daniella Sya Yeng Yeng pernah berlakon beberapa drama di Singapura selama beberapa tahun, sebelum pulang ke Malaysia, dan terlibat dengan projek drama pada 2017 berjudul Aurora Aishah.
Selepas itu, Daniella muncul dalam projek lakonan lain seperti siri KL Gangster Underworld bergandingan dengan Beto Kusairy dan Nabila Huda, serta drama Dosa bersama Remy Ishak, Ashraf Sinclair dan Dato M Nasir.
Daniella turut membintangi drama Jodoh Jodoh Annisa, drama Bahagia Bukan Bidaan di samping Nora Danish dan berlakon dalam filem Abang Long Fadil 3.
Daniella juga turut berlakon di samping Adam Corrie dalam filem baru berjudul Kafir.
Terkini, Daniella berlakon bersama Tiz Zaqyah , Intan Najuwa dan Zul Ariffin dalam drama berjudul Setelah Ku Dimiliki arahan pengarah terkenal Ombak Rindu, Osman Ali.

Drama itu sekali lagi akan mempertemukan Daniella dengan Osman Ali dan Tiz, selepas mereka bekerjasama dalam sebuah drama sebelum ini berjudul Isteri Bukan Untuk Disewa.

Ia mengisahkan tentang Sarrafia lakonan Intan Najuwa yang memulakan kehidupan baru di sebuah pusat jagaan, namun kehadiran lelaki bernama Adriz (lakonan Zul Ariffin) mengusik kembali jiwanya.
Setelah Ku Dimiliki akan ditayangkan di slot Akasia TV3 bermula Oktober 2019.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *