Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 1 Jun yang lalu menambah beban yang ditanggung keluarga B40 di sekeliling kita. Masihkah anda ingat? Ada di antara kita yang makan nasi hanya berlaukkan air garam sahaja sepanjang tempoh pandemik ini.
Baru sahaja nak bangkit dari kejatuhan akibat PKP 1.0, kini penderitaan mereka tidak berkesudahan disebabkan kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat. Bayangkan, mereka ini menghitung bilangan kes Covid-19 sambil bimbang nak makan apa di keesokan hari.
Oleh itu, Aman Palestin Berhad dengan kerjasama Kelab PERWIRA Malaysia melancarkan Tabung Perwira Covid-19 bagi membantu meringankan beban ribuan keluarga B40 yang terjejas.
Dengan slogan “Seikhlas Hati, Semampu Diri, Kita Bantu Kita”, Aman Palestin Berhad menyeru rakyat Malaysia untuk menyumbang RM150 atau seikhlas hati dalam membantu menyediakan keperluan asas bagi golongan memerlukan ketika PKP 3.0 ini.
Apabila kita gemar untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan, pasti Allah beri ganjaran lumayan di akhirat kelak. Berebutlah dalam membuat kebaikan, Allah pasti akan memudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).
Setiap sumbangan anda akan diagihkan dalam bentuk wang tunai (untuk bayaran sewaan rumah dan utiliti), barangan dapur, keperluan asas, peralatan mandian dan kit kebersihan.
Layari www.amanpalestin.co/kempen/tabung-perwira-covid-19 untuk maklumat lanjut atau ikuti Facebook dan Twitter Aman Palestin untuk kemaskini bantuan bencana terkini mereka.