Pelakon Datin Paduka Eina Azman mendedahkan dirinya mengalami demam selama seminggu sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.


Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui bersyukur apabila ujian saringan Covid-19 yang dilakukan mendapati dirinya bebas daripada wabak berbahaya itu.
Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Instagram miliknya pada 17 April.
https://www.instagram.com/p/B_D20XlDTfT/
Isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet itu juga memohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat berkongsi video masakan pada saat ini memandangkan dirinya tidak sihat, selain meminta pengikutnya agar mendoakannya agar cepat sembuh.

Post comments (0)