Penyanyi Malaysia yang popular dengan lagu single pertamanya, iaitu Menahan Rindu, Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah atau nama komersialnya Wany Hasrita memberi ‘hint’ seolah-olah sudah berpunya!
Semua dah tak available kot. 🙊 pic.twitter.com/jpUAaFrWFv
— Wany Hasrita (@wanyhasrita_) July 16, 2020
Tular di laman sosial Twitter Wany Hasrita baru-baru ini, apabila Wany memuat naik gambarnya bersama Ernie Zakri, Mira Filzah dan Amira Othman dengan kapsyen spontan seperti memberi petunjuk mereka sudah berpunya.
“Semua dah tak available kot”- Wany Hasrita
Kita semua tahu seperti yang telah gempar baru-baru ini, apabila Mira Filzah dan Ernie Zakri mendedahkan mereka bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi bersama pilihan hati.
Tetapi, bagaimana pula dengan Wany dan Amira ya?
Ciapan yang menarik perhatian ramai netizen di Twitter itu membuatkan netizen tertanya-tanya, siapakah ‘pilihan hati’ Wany?

Sumber : Twitter @zagreyb

Sumber : Twitter @farahzatiy

Sumber : Twitter @effahaliesya
Alahai, jangan bersedih ya netizen!
Sebelum kita melompat ke konklusi, mari baca sambungan bebenang di laman sosial Twitter Wany.

Wany menyambung bebenang dengan berkata,
“Semua dah tak available kot”
“….. tak available dh bulan ni. Jadual semua full. Nk set appointment tggu bulan dpn”
Rupa-rupanya dia maksudkan tentang jadual berkerjanya yang dah tak ‘available’. Nakal ya Wany ni!

Sejauh mana kesahihan ciapan Wany ni, mungkin boleh tanya tuan badan sendiri…
Apa-apa pun, kami di Hot FM sentiasa mendoakan yang baik-baik buat mereka semua!
Post comments (0)