Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Serah dana kepada Johor baiki sekolah daif, Puad beritahu KPM

today22 May 2024

Background


puad
Puad Zarkashi mengesa pegawai KPM sentiasa turun padang memantau keadaan sekolah daif. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas timbalan menteri pelajaran menyeru Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan peruntukan kepada kerajaan Johor bagi menyelesaikan isu sekolah daif.

Puad Zarkashi berkata, KPM perlu menghapuskan birokrasi dan memperbaiki semula sistem penyampaian sedia ada terutama melibatkan peruntukan menaik taraf sekolah seumpama itu.

“KPM pernah pulangkan duit RM800 juta kerana tidak dibelanjakan. Bila sekolah pedalaman mohon bajet jawapannya ialah tiada peruntukan.

“Semak balik ‘delivery system’ (sistem penyampaian) sedia ada. Elok serah sahaja peruntukan itu kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan. Hapuskan birokrasi di KPM,” katanya di Facebook.

Ahad lalu, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata sebanyak 14 buah sekolah dikategorikan sekolah daif di negeri itu sudah diluluskan peruntukan untuk dibaiki, tetapi selepas tiga tahun tiada satu pun projek…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post