Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Seram! Kenapa Siti Saerah Tampil Berpakaian Seperti Cik Siti Wan Kembang?

today24 September 2019

Background

Baru-baru ini kecoh tentang penyanyiΒ Siti Nursairah Tarudin yang mengenakan pakaian seperti Cik Siti Wan Kembang serta bergambar berlatarbelakangkan hutan.

Rupanya ia adalah bagi menimbulkan suasana seram bagi muzik video lagu runut bunyi filem Anak Perjanjian Syaitan.

Menurut pengarah filem berkenaanΒ Ahmad Mustadha, penggambaran yang mengambil masa selama enam jam itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

β€œMuzik video itu nanti akan diselang-seli dengan adegan filem Anak Perjanjian Syaitan agar penonton boleh hubungkan lagu ini dengan filem tersebut.”

Dibantu dengan kekuatan seramai 12 krew produksi, penggambaran itu menjadikan sebatang pokok besar sebagai subjek utama di samping penampilan Siti Nursairah yang berpakaian persis Cik Siti Wan Kembang dalam rona merah.

Filem Anak Perjanjian Syaitan yang diarahkan Helmi Yusof bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 24 Oktober ini. Ia dibintangi Nadzmi Adhwa, Cha Cha Maembong, Jasmin Hamid dan Badrul Muhayat.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *