Melbourne: Serena Williams mara ke separuh akhir Grand Slam ke-40nya selepas menewaskan pilihan kedua, Simona Halep untuk menempah pertembungan separuh akhir dengan Naomi Osaka.
Juara tujuh kali itu yang beraksi di Terbuka Australia ke-20 dan Grand Slam ke-77nya mudah menewaskan pemain Romania itu dengan keputusan 6-3, 6-3 di Rod Laver Arena sebentar tadi.
“Ini perlawanan terbaik saya di kejohanan ini, sudah pasti,” kata pilihan ke-10 yang hanya selangkah menyamai catatan rekod 24 gelaran…