Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Sering Berada Di Luar Negara, Takut Dengar Kes Perkahwinan.. Ini Pesanan Nur Dhabitah Kepada Jiggy Masin

today28 September 2023

Background

Atas tuntutan kerja, suami isteri terpaksa berpisah dan teruskan perhubungan jarak jauh. Itulah fasa yang dilalui pelakon dan pengacara, Jiggy Masin kerana isterinya yang juga atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri sering ke luar negara.

Menurut laporan Harian Metro, Jiggy turut menerima ‘pesanan’ daripada isterinya itu malah memahami situasi yang dihadapi mereka kerana mahligai perkahwinan yang seharusnya dilayari bersama seolah terpisah dek kerana jarak dan tempoh.

“Sekarang, Dhabitah bimbang juga terhadap saya kerana dia selalu berpesan agar menjaga diri dengan baik. Pesanan itu bukan sebab dia anggap saya tidak baik atau orang sekeliling yang tidak baik, tapi sebagai peringatan untuk lebih berhati-hati.

“Sebab, benda kalau nak jadi kita tak tahu. Macam kes-kes (rumah tangga) sekarang ini banyak yang kita tengok orang yang tak disangka-sangka terbabit.

“Itu yang sedikit-sebanyak timbul kebimbangan kepadanya,” katanya.

Lima bulan melayari bahtera perkahwinan bersama, bekas suami kepada pengacara Elly Ariffin ini sangat menyenangi sikap Dhabitah yang terbuka dan bersungguh mencari ilmu.

“Banyak yang Dhabitah membuka mata saya terutama membabitkan pengetahuan agama. Dia banyak bertanya dengan saya berkaitan ilmu keagamaan yang membuatkan saya kagum dengan dirinya.

“Dia ada kesungguhan nak tahu apa yang dia tak tahu mengenai ilmu agama. Termasuk, dia juga sering mengajak saya mengikuti kelas mengaji al-Quran yang menjadikan saya teruja melakukannya bersama,” katanya.

Jiggy juga tidak menghalang Dhabitah untuk mengejar impian dalam karier sukan sebagai penerjun negara.

Terdahulu, Jiggy dan Dhabitah Sabri sah bergelar suami isteri pada 28 April lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Untuk rekod, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan Elly pada 9 September 2016 namun bercerai pada 30 Januari 2020.

ARTIKEL BERKAITAN:Β Elly Ariffin Ucap Tahniah Kepada Bekas Suami & Dhabitah, Titip Pesan Dalam Perkahwinan – β€œKunci Rumah Tangga Adalah…”

ARTIKEL BERKAITAN:Β 2 Tahun Berkenalan, Jiggy Masin Tamat Zaman Duda Dengan Dhabitah Sabri

ARTIKEL BERKAITAN:Β [VIDEO] Berpelukan Sebelum Berangkat Ke China, Dhabitah Sabri & Jiggy Masin Diusik Netizen Macam Siblings Gara-Gara Beza Ketinggian – β€œNi Mesti Hantar Adik Kan?”

Sumber: Harian Metro

Written by: Aqilah


Previous post