Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sering Muncul Dalam Filem Aksi & Beruniform, Warganet Dah Muak Dengan Hairul Azreen?

today13 September 2022

Background

Pelakon Hairul Azreen tidak dinafikan sering muncul dalam filem aksi dan beruniform seperti Paskal, Wira, The Assistant, Polis Evo 2 dan terbaru filem Malbatt: Misi Bakara arahan Adrian Teh.

Nama aktor tersebut menjadi sebutan rata-rata netizen di media sosial selepas sebuah ciapan daripada @ZhafVlog berkongsi mengenai filem tersebut yang bakal dimainkan di pawagam pada tahun depan.

Tinjauan reaksi ciapan tersebut dibanjiri dengan persoalan netizen yang mempertikaikan mengapa setiap kali filem yang mempertengahkan badan beruniform tanah air akan dilakonkan oleh bapa anak dua itu.

Bagaimanapun, ada juga dalam kalangan netizen yang tidak menafikan kualiti lakonan suami kepada selebriti Hanis Zalikha itu semakin bertambah baik daripada sebelumnya.

Ada juga antara netizen yang mendakwa mungkin kerana hubungan rapat antara Hairul dan penerbit membuatkan dia dipilih untuk berlakon dalam filem terbabit.

Dalam perkembangan lain, Hairul baru sahaja melancarkan filem arahannya bertajuk Ada Hantu 2 yang bakal ditayangkan pada 15 September ini yang telah menelan kos sebanyak RM1.2 juta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Written by: Salma